Hasil Seni ku dengan Luahan tersendiri

Aku Luah kan seni ku dengan cara ku....seni yang hadir dalam minda ku...aku cuma aku....biar bukan yang terbaik..namun tidak akan berhenti melakukan apa yang aku lakukan baik.

Thursday, November 27, 2008

Juara Festival Teater Malaysia 2008

Kalau pada tahun 2006 kita melihat 5 negeri yang berentap untuk meraih juara antara nya Kumpulan dari Sabah iaitu "RENTAK" dengan membawa teater "Kerusi", tahun 2008 adalah tahun yang ke-10 bagi FTM.
Festival Teater Malaysia muncul lagi pada tahun 2008 ini dengan menampilkan aktivis-aktivis teater dari seluruh malaysia..dan,,,,,johan pada tahun 2008 ini adalah kumpulan teater dari negeri Sarawak iaitu "SIFAR"....

Kemenangan yang disifatkan oleh juri dan aktivis teater di Semenanjung sebagai besar ini telah berjaya memenangi lima dari lapan anugerah yang dipertandingkan.

Antara anugerah yang berjaya dimenangi ialah'

i. Johan (SIFAR)
ii. Pengarah Terbaik (Suffian Haji Jalet)
iii. Pelakon Lelaki Terbaik (Malek Hassan)
iv. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Hassan Ahmad)
v. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Serivina Sanina)
vi. Pelakon Harapan Lelaki (Alik Hassan).

tahniah kepada SIFAR yang menjadi Juara pada tahun 2008 ini..ini membuktikan bahawa kumpulan dari borneo ini mampu bersaing dengan kumpulan2 gergasi seperti arkib dan lain-lain lagi...Syabas SIFAR.

No comments: