Hasil Seni ku dengan Luahan tersendiri

Aku Luah kan seni ku dengan cara ku....seni yang hadir dalam minda ku...aku cuma aku....biar bukan yang terbaik..namun tidak akan berhenti melakukan apa yang aku lakukan baik.

Thursday, November 27, 2008

bila melihat gambar ini ..anda pasti akan terkenangkan RENTAK pada waktu dulu yang pernah mewakili negeri Sabah untuk Festival Teater Malaysia 2006.Satu kejayaan yang membanggakan pada Kumpulan yang dikatakan masih berumur setahun jagung.pada saya..kejuaraan RENTAK bukan lah kepada Piala yang dimiliki ..tetapi Kejayaan untuk menggumpulkan 25 ahli ,25 sifat,dan menjadikanya satu....Satu "Magic" yang telah merubah kehidupan 25 orang ahli ini...

RENTAK telah mencipta sejarah dunia teater sabah.Pembaharuan telah dibuat dan membuka mata ramai aktivis teater di rantau ini.Tahniah kepada pemimpin RENTAK dan seluruh ahlinya yang bekerja keras untuk berjaya...Syabas..........


"Teater memanusiakan Manusia"

Juara Festival Teater Malaysia 2008

Kalau pada tahun 2006 kita melihat 5 negeri yang berentap untuk meraih juara antara nya Kumpulan dari Sabah iaitu "RENTAK" dengan membawa teater "Kerusi", tahun 2008 adalah tahun yang ke-10 bagi FTM.
Festival Teater Malaysia muncul lagi pada tahun 2008 ini dengan menampilkan aktivis-aktivis teater dari seluruh malaysia..dan,,,,,johan pada tahun 2008 ini adalah kumpulan teater dari negeri Sarawak iaitu "SIFAR"....

Kemenangan yang disifatkan oleh juri dan aktivis teater di Semenanjung sebagai besar ini telah berjaya memenangi lima dari lapan anugerah yang dipertandingkan.

Antara anugerah yang berjaya dimenangi ialah'

i. Johan (SIFAR)
ii. Pengarah Terbaik (Suffian Haji Jalet)
iii. Pelakon Lelaki Terbaik (Malek Hassan)
iv. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Hassan Ahmad)
v. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Serivina Sanina)
vi. Pelakon Harapan Lelaki (Alik Hassan).

tahniah kepada SIFAR yang menjadi Juara pada tahun 2008 ini..ini membuktikan bahawa kumpulan dari borneo ini mampu bersaing dengan kumpulan2 gergasi seperti arkib dan lain-lain lagi...Syabas SIFAR.

Monday, November 24, 2008

"I AM AMIR" bakal gegarkan dunia Hollywood

Karya Penulis muda anak kelahiran Labuan ini telah membuka mata para pengarah dan beberapa producer dari luar negeri dan sekaligus telah mengubah era perfileman malaysia di mana Mohd Amirullah telah menulis sebuah cerita yang difilemkan iaitu "I AM AMIR".Ilham ini lahir dari pengalaman beliau masa lampau yang mendidik beliau manjadi seorang manusia yang berguna.

"ini adalah kehidupan saya yang sebenar di mana penonton akan dapat merasakan suatu "magic" apabila menonton filem ini" jelas penulis karya tersebut.

" I AM AMIR" akan mewakili malaysia dalam Grammy Award yang akan berlansung di Carlifonia tahun depan.Syabas amir

Tuesday, October 28, 2008

RENTAK.......KEMANA TUJUNYA?


Assalamualaikum W.B.T kepada rakan2 seperjuangan dan para aktivis teater dan salam sejahtera.Terlebih dahulu masih belum sempat bagi saya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam dan rakan2 yang sedang berjuang dalam dunia seni ini.

Rumpun Seni Teater & Persembahan Anak Kolej atau dikenali sebagai RENTAK yang dahulu nya digembar-gemburkan telah hancur berderai baertabur-taburan seperti pasir ditepi laut.Namun itu dikatakan hanyalah kabar angin dan ramai yang menafikan kemusnahan itu termasuk bekas pengarah RENTAK dan para Lagenda RENTAK.

sekarang sudah masuk penghujung bulan November 2008 dan kita akan menuju ke tahun 2009, dan saya melihat tidak ada berita dari RENTAK. apa yang didengar ialah RENTAK kononya telah membuat gabungan dengan Kumpulan Tarian Superstar iaitu PAC.tetapi yang dapat dilihat ialah hanya tarian dan bukan teater.saya tertanya-tanya dimanakah peranan pemimpin RENTAK yang sepatutnya memberi perangsang dan memimpin RENTAK. adakah hanya sebagai memegang nama saja atau sekadar ingin menunjukkan yang mereka ini terkenal dan disegani?? tetapi bagi saya?kita tidak boleh menyalahkan Pemimpin 100%.RENTAK membangun secara beramai-ramai..jadi kalau boleh biarlah tradisi itu berterusan,jangan sekali membiarkan Pemimpin sahaja yang berhempas pulas untuk mempertahankan kewujudan RENTAK ini.Anafi yang dikatakan ingin memimpin RENTAK juga hanyut dipengaruhi oleh gejala-gelaja tidak sihat dan merasakan dirinya begitu besar.saya faham kenapa anafi bersikap demikian kerana beliau tidak ingin dipandang rendah oleh orang lain dan beliau juga ingin berdiri sama tinggi dengan ahli lain.anafi dnegan bangga nya mengikuti team UMS dan mula lupa asal usulnya.bagi saya,tidak salah sekali jika kita ingin meningkatkan ilmu dan belajar.namun jangan lah sampai mengetepikan rakan seperjuangan. ula dan suhaimi juga tidak bersama RENTAK,tetapi mereka masih berhubung dengan rakan yg lain,tidak bongkak.saya menghormati mereka sebagai kawan saya.

semua orang boleh berfikir....diharap tidak ada sesiapa yang berkecil hati atau marah kerana ini cuma untuk membuka minda sahaja.setiap orang mempunyai pendapat masing-masing.saya berpendapat RENTAK hanya pada nama,yang membawa RENTAK adalah diri di setiap hati masing-masing dan bukan nya KELAB RENTAK.fikirkanlah....

Monday, April 7, 2008

HALL OF FAMER : PRODUKSI GENERASI PERTAMA


Asslamaualaikum kepada semua pembaca dan para aktivis teater yang sangat saya hormati.sebelum wujudnya RENTAK, terdapat satu kumpulan teater yang bernaung di PTPL .iaitu Kelab Teater PTPL. yang pada waktu itu di pimpin oleh Kenny dan Jumain atas nasihat daripada gulam rasul. masih terdapat beberapa ahli RENTAK baru yang belum mengenali kumpulan ini,.Mereka adalah 'ROOT' kepada teater di PTPL ini.dan selepas itu muncul lah RENTAK dengan satu adunan baru.Aloi dan beberapa orang senior seperti Jumain,Kenny,Bob, bersama2 ahli lain bergerak membangunkan RENTAK dan telah menghantar satu 2 platoon ahli untuk berjuang pada Festival teater Sabah 2004 dengan Teater'Musnah'.Kumpulan ini berjaya mendapat naib johan dan telah membuka mata para tokoh2 teater di sabah.Si Bongkok juga pernah di pentaskan oleh kumpulan ini di Hotel Ruby Inn sempena majlis makan malam PTPL.antara ahli yang hebat2 dilahirkan ialah Kenny, Zahid, Irawan,Sharuni,athur, jumain, Hubert, Charles Tatak, dan bebrapa orang lain lagi.

Kumpulan ini adalah generasi Pertama yang tidak harus dilupakan.

Jika tiada yang lama....
maka tiada yang baru...

Persembahan di UMS

untuk makluman Kelab KEBAYA akan membuat persembahan pada bulan lapan ini,bertempat di Dewan Resitel UMS. untuk makluman sila berhubung dengan Aloi iaitu 014-6782313.Segala jawapan anda akan terjawab.majulah seni untuk tanah air

Saturday, March 29, 2008

Fazley Bin Puasa : Jejaka Solo mantap

asslaualaikum kepada semua rakan2 teater dan para aktivis teater tanah air di sabah..sekali lagi kita di kejutkan dengan isu gosip hangat seorang Stage Manager

Jumain pernah bercinta?

Friday, March 21, 2008

Sir Supian bin Mus : HALL OF FAME RENTAK


Sir Supian,nama yang amat popular di kalangan pelajar PTPL,terkenal dengan ramah dan seorang pensyarah yang penyayang,mudah mesra dan BOLEH BINCANG!! Sir supian adalah seorang penyarah yang aktif dan sentiasa megambil berat tentang anak2 buah beliau dalam menjalankan satu program dan tugas.antara program yang pernah dianjurkan oleh sir supian ialah Pertandinagn Kelab Bola Sepak peringkat PTPL Sabah.
Dan pada satu ketika hati beliau mula tertarik dengan satu dunia baru yang telah mencuri hatinya.Dunia teater telah menarik minat Sir Supian untuk bergiat dalam seni.dan beliau telah di nobatkan menjadi Yang Dipertua Kelab RENTAK PTPL.Beliau menjalankan tugasnya sebagai seorang pemimpin amat baik dengan gabungan beberapa orang yang di katakan Lagenda seperti Aloy,dan Bob SENGGET dan akhirnya telah wujud satu produksi BARU yang di namakan RENTAK(hingga sekarang).Dengan itu lahirlah Produksi2 seperti KERUSI, SELIPAR JEPUN, OBSESI,dan NELAYAN JEPUN.
Sir SUpian juga pernah mengarah Pementasan Nelayan Jepun dan telah mendapat tempat kedua dengan kerjasama yang erat oleh Ahli-ahli produksi dan sahabat-sahabat Penasihat.
Sekarang ini beliau telah bertugas di KKWS sebagai ketua panatia MLVK.Jasa beliau memang tidak dapat dilupakan sebagai salah seorang pemimpin DI RENTAK.Terima Kasih Sir Supian bin Mus.
Jasa mu tetap Di kenang......

Tuesday, March 18, 2008

Kabar yang Positif dari Pengarah(Aloy)

Assalamaualaikum dan selamat sejahtera kepada sidang aktivis teater dan rakan seperjuanga teater yang saya hormati.beberapa hari lepas hp penulis berdering dengan kuatnya dan dilihat no yang tertera pada skrin hp .apabila penulis mengangkat hp tersebut.suara yang memang tidak asing lagi .yang sering di dengar sewaktu pukul 7-2 pagi...tidak lain dan tidak bukan aloy.

penulis tertanya2 apakah maksud pengarah hingga sanggup menelefon.rupa2nya pengarah telah melihat sidang blog yang di terbitkan oleh penulis.di sana penulis sempat menemuramah dan bertanyakan secara lansung mengenai perkembangan aloy.

katanya produksi sekrang ini amat menggalakkan dan di terima baik daripada pihak kolej.penulis juga telah sempat bercerita tentang apa yang telah diharungi oleh beliau semasa bersama2 pengarah dan kawan2 sewaktu mengendalikan RENTAK.

Penulis berasa gembira dengan perubahan pengarahnya tu kerana sedikit sebanyak telah mengubah cara hidup yang lebih baik."pada waktu sekrang ini saya ingin berehat seketika,saya lebih fokuskan tentang pengajian student dan saya kerap sibuk menjalankan tugas yang diberikan",ulas beliau.

saya berharap Aloy akan dapat memberi kejutan kembali kepada dunia teater sabah yang masih dalam proses untuk berkembang.saya tahu aloy mempunyai satu "Magic" yang dapat membuat penonton atau tokoh-tokoh teater terbeliak! kerana Teater berbentuk Eksperimen bukanlah asing bagi aloy..

Saturday, March 15, 2008

Ridwan Suprianus:Umur bukan penghalang



Ridwan suprianus atau di kenali sebagai Emam mmg tidak asing lagi dalam dunia teater ini.Beliau yang mula bergiat dalam teater bersama-sama rakan seperjuangan seperti amir,ula,deon,suhaimi, dan lain-lain adalah merupakan seorang pelakon yang tidak kurang hebatnya.faktor umur tidak menghalang beliau daripada melakonkan watak2 yang sangat stereotype.beliau KIMAK!

wartawan sempat menemuramah beliau."bagi saya umur bukan penghalang,namun komitmen adalah penting untuk peningkatan kendiri dan disiplin"'ulas beliau.

beliau yang kini kembali ke tempat asal iaitu Kunak hidup aman dan damai.selain daripada Jumain,beliau adalah salah seorang HALL OF FAME RENTAK

Friday, March 14, 2008

Aloy Bantu UMS?

asslamaualiakum kepada semua peminat seni teater dan rakan seperjuangan.baru-baru ni paparatzi telah menemui isu baru iaitu mengenai pengarah KEBAYA(Aloy) yang telah berada di UMS sejak beberapa hari ini.salah seorang daripada penulis mengatakan yang beliau telah di jemput oleh Ula iaitu bekas kumpulan RENTAK untuk bekerjasama dengan beliau dalam sebuah persembahan.tidak menghairankan kerana sebelum ini Aloy dan RENTAK juga pernah di panggil untuk membantu beberapa persembahan seperti Teater "KOKOK" yang di arah oleh Awang Karim Kadir,dan sebagainya.ini menunjukkan betapa erat kerjasama yang wujud pada Dunia teater di Sabah ini.ia menjaid semakin baik.
Apa yang penting, kita harapkan yang terbaik untuk semua.

Majulah Seni untuk Negara!

Jumain:Teater bagi ku adalah satu corak kehidupan


siapa tidak mengenali Jumain bin Kandar,Senior ahli kelab RENTAK PTPL yang boleh dikatakan paling lama.beliau melibatkan diri dalam dunia teater ini sejak dari kecil lagi.Peranan beliau sebagai pemberi semangat kepada ahli-ahli bari memang tidak di nafikan."saya rela quit teater daripada melihat kejatuhan RENTAK",jelasnya.rakan beliau iaitu Amir menyatakan,"Jumain sayangkan RENTAK,oleh itu jika ada isu2 yang membabitkan maslaah dalaman RENTAK amat sensitif baginya,saya juga akan merasa kesan itu kerana saya amat rapat dengan beliau.

Pernah satu malam itu,Produksi RENTAK mengadakan jamuan bagi meraihkan kejayaan Nelayan Jepun yang mendapat tempat ke 2 dalam FTS 2007 tahun lepas.namun ketidakhadiran Jumain melemahkan lagi semangat beberapa rakan seperjuangan yang lain seperti amir, hans ,dan lain-lain.

"memang pada waktu itu saya ingin membetulkan keadaan,saya tidak suka melihat salah seorang ahli kecewa atau terkilan,saya juga turut terkilan,lebih baik saya tidak hadir",jelas amir yang pada malam majlis itu hadir utnuk meraihkan kejayaan bersama.Namun apabila melihat salah seorang rakanya itu tidak hadir dalam majlis tersebut.beliau rasa terkilan dan terus beredar."saya akui apa yang saya lakukan itu amat tidak manis dan biadap,maafkan saya dan jumain jika melukakan hati beberapa pihak,tetapi saya tidak sedikit pun ingin berniat membelakangi semua,bagi saya ada sebab mengapa jumain berbuat sedemikian dan".jelas amir.

Jumain yang sekarang ini kembali ke tempat lahirnya telah sibuk mengurus Restorannya di Sandakan.Beliau tetap di ingati dan ucapan tahniah kepada Jumain dengan sumbangan yang pernah di taburkan pada RENTAK.

TERIMA KASIH JUMAIN.

NELAYAN JEPUN...GEGARKAN RESITEL UMS!!


memag tidak di nafikan kebolehan RENTAK.Nelayan Jepun telah membuktikan bahawa RENTAK tidak hanya pada nama saja.Produksi ini telah di pimpin dan di arah oleh Sir Supian bin Mus.produksi yang lahir dalam RENTAK ini mendapat tempat kedua pada Festival Teater Sabah 2007 yang di adakan di Dewan Resitel UMS Sabah dan berlansung pada bulan ogos lalu.Dengan bermain teknik Multimedia,RENTAK amat di kagumi oleh beberapa juri seperti Puan Rohani Yusof dan encik badrul."memang itu sudah menjadi permainan RENTAK semasa pementasan,bermain dengan dramatik dan elemen multimedia yang sangat kreatif.namun ucapan terima aksih di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kelab ini terutamya Sir Supian Mus,Aloy,Jumain,Produksi lain dan para2 ahli RENTAK yang terlibat.

HIDUP RENTAK.HIDUP TEATER di Sabah

Aloy dan kumpulan barunya KEBAYA??


tidak di nafikan,selepas kejatuhan Kelab RENTAK PTPL,muncul pula satu Kelab yang di katakan bakal menggegarkan dunia teater Sabah.Kumpulan ini digelar KEBAYA.kumpulan ini di asaskan oleh Erwan azaly awang taib atau di kenali sebagai Aloy.beliau merupakan bekas pengarah Kelab RENTAK PTPL yang telah memimpin Ahli baru RENTAK seperti Simon,jack,Deon,Amir, Ula, Suhaimi dan emam supaya menjadi pelakon yang boleh dikatakan baik.Kelab KEBAYA di tubuhkan adalah untuk mewujudkan asas kebudayaan seni pada anak-anak bangsa di KKWS.Menurut cerita daripada rakan-rakan.KEBAYA mampu menyaingi RENTAK dan jauh lebih baik lagi.Sejauh man akah kebenaran ini?saya masih belum pernah melihat Kumpulan ini beraksi,tetapi saya yakin dengan kebolehan yang ada pada setiap ahli KEBAYA dan pemimpinya.mereka mampu menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. saya tidak sempat untuk menemuramah pengarah(aloy) mengenai KEBAYA atas sebab masa yang tidak mengizinkan.

Di harap KEBAYA akan pergi lebih maju....

Adakah RENTAK telah hancur??


di katakan bahawa Kelab RENTAK PTPL, yang dahulunya pernah menjadi johan FESTIVAL TEATER SABAH telah menjadi kumpulan RETAK akibat daripada masalah dalaman yang berlaku pada tahun lepas.Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku?adakah ia cuma satu rekaan semata-mata atau benar?

Pihak wartawan dan paparatzi telah berjumpa dengan salah seorang bekas ahli RENTAK iaitu Encik Mohd Amirullah yang dulu merupakan salah seorang pelakon dari kumplan teater tersebut.Beliau amat kecewa dengan apa yang berlaku terhadap RENTAK sekarang ini."saya tidak menyangka sama sekali RENTAK akan menjadi punah ranah,sukar untuk saya katakan siapa yang bersalah di dalam hal ini...namun bagi saya.setiap pihak masing2 tidak mahu mengakui kesilapan yang mereka lakukan.saya sendiri mengatakan bahawa saya juga turut melakukan kesilapan di sini.namun RENTAK masih boleh dibangunkan jika semua bersatu.tetapi bukan senang",jelas beliau.Mohd amirullah yang sekarang ni bekerja di salah sebuah syarikat Pelabuhan Swasta iaitu Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd masih lagi meminati bidang teater dan berharap agar dapat menubuhkan sebuah kelab teater yang korporat di tempat lahirnya itu(Labuan).