Hasil Seni ku dengan Luahan tersendiri

Aku Luah kan seni ku dengan cara ku....seni yang hadir dalam minda ku...aku cuma aku....biar bukan yang terbaik..namun tidak akan berhenti melakukan apa yang aku lakukan baik.

Thursday, November 27, 2008

bila melihat gambar ini ..anda pasti akan terkenangkan RENTAK pada waktu dulu yang pernah mewakili negeri Sabah untuk Festival Teater Malaysia 2006.Satu kejayaan yang membanggakan pada Kumpulan yang dikatakan masih berumur setahun jagung.pada saya..kejuaraan RENTAK bukan lah kepada Piala yang dimiliki ..tetapi Kejayaan untuk menggumpulkan 25 ahli ,25 sifat,dan menjadikanya satu....Satu "Magic" yang telah merubah kehidupan 25 orang ahli ini...

RENTAK telah mencipta sejarah dunia teater sabah.Pembaharuan telah dibuat dan membuka mata ramai aktivis teater di rantau ini.Tahniah kepada pemimpin RENTAK dan seluruh ahlinya yang bekerja keras untuk berjaya...Syabas..........


"Teater memanusiakan Manusia"

Juara Festival Teater Malaysia 2008

Kalau pada tahun 2006 kita melihat 5 negeri yang berentap untuk meraih juara antara nya Kumpulan dari Sabah iaitu "RENTAK" dengan membawa teater "Kerusi", tahun 2008 adalah tahun yang ke-10 bagi FTM.
Festival Teater Malaysia muncul lagi pada tahun 2008 ini dengan menampilkan aktivis-aktivis teater dari seluruh malaysia..dan,,,,,johan pada tahun 2008 ini adalah kumpulan teater dari negeri Sarawak iaitu "SIFAR"....

Kemenangan yang disifatkan oleh juri dan aktivis teater di Semenanjung sebagai besar ini telah berjaya memenangi lima dari lapan anugerah yang dipertandingkan.

Antara anugerah yang berjaya dimenangi ialah'

i. Johan (SIFAR)
ii. Pengarah Terbaik (Suffian Haji Jalet)
iii. Pelakon Lelaki Terbaik (Malek Hassan)
iv. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Hassan Ahmad)
v. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Serivina Sanina)
vi. Pelakon Harapan Lelaki (Alik Hassan).

tahniah kepada SIFAR yang menjadi Juara pada tahun 2008 ini..ini membuktikan bahawa kumpulan dari borneo ini mampu bersaing dengan kumpulan2 gergasi seperti arkib dan lain-lain lagi...Syabas SIFAR.

Monday, November 24, 2008

"I AM AMIR" bakal gegarkan dunia Hollywood

Karya Penulis muda anak kelahiran Labuan ini telah membuka mata para pengarah dan beberapa producer dari luar negeri dan sekaligus telah mengubah era perfileman malaysia di mana Mohd Amirullah telah menulis sebuah cerita yang difilemkan iaitu "I AM AMIR".Ilham ini lahir dari pengalaman beliau masa lampau yang mendidik beliau manjadi seorang manusia yang berguna.

"ini adalah kehidupan saya yang sebenar di mana penonton akan dapat merasakan suatu "magic" apabila menonton filem ini" jelas penulis karya tersebut.

" I AM AMIR" akan mewakili malaysia dalam Grammy Award yang akan berlansung di Carlifonia tahun depan.Syabas amir